Thursday, April 2, 2009

Cabaran 4,5,6,& 7

20 Peranan bahasa dalam multimedia. Huru-hara gak dibuatnya dek tugasan kitorang yang ke-4 ni. Sekilas baca tajuk ni memang macam senang tapi bila nak pikir bagi jawapannya tak terluah la pulak. Tapi tak semua kumpulan dapat tajuk ni, ade yang buat tajuk lain. 6 orang satu kumpulan still tak dapat nak bagi 20 peranan tu. Bila bagi pendapat, maknenye sama pulak ngan isi yang sebelumnye. Susah…susah…Eh, silap! Mencabar…bukan susah, ye… tugasan mesti siap dan hantar sebelum atau tepat pukul 2 petang iaitu waktu kuliah BDM tamat. Kelam kabut gak la masa da nak pukul 2 tu, apalagi bila tengok kumpulan lain da antar. Memang kalut la masa tu, dok tanya jawapan kat kumpulan lain (huhuhu…jalan mudah… Awas, jgn tiru cara tak patut ni!). Akhirnya, tepat pukul 2 petang dapat juga kitorang siapkan tugasan tu… yea!

E-majalah merupakan tugasan yang paling tak best bagi aku. Nak tau sebabnya? Boleh… Sebabnya, aku tak de bakat nak melukis. Tugasan ni pulak memerlukan aku & ahli kumpulan lain melukis sambil berfikir gak la. Ceritanya cam ni… Kitorang kena buat majalah ni sebanyak 10 muka surat, pilih satu tajuk atau tema untuk iklan tu, pas tu buat la lakarannye. Kumpulan aku punye tema fesyen remaja. Cam senang tema tu tapi sayang 1000 kali sayang, aku tak de bakat melukis. Pikir punye pikir punye pikir, bayang punye bayang punye bayang, last2 tak siap bahagian aku…sedih jer… Rase bersalah kat kawan2 pun ade gak, sebabnye akan menjejaskan tugasan kitorang. Eh, tapi kan! Ade gak bahagian lain yang tak siap, bukan bahagian aku je tau... Sangat2 mencabar bagi aku untuk menghasilkan suatu lukisan yang elok, yang sempurna lagi la… Lagi2 bila kena lukis gambar orang, huhu…memang aku failed la. Tapi kalau orang lidi boleh la…hehehe. Nak design baju pun aku tak reti, baju kurung & t-shirt biase boleh la. Tapi, kalau nak yang lebih daripada tu memang hancus la…serius, aku tak de bakat dalam seni (tapi Tuhan bagi aku bakat lain tau!). Lepas lukis2 gambar, kitorang kene warna pulak. Ala, kalau setakat warna tu, aku boleh je…beres! Hehe…(kat rumah tu, aku yang warna buku adik aku umur 5 tahun). Aku memang suke mewarna ni. Seronok tau tengok gambar warna warni (kalo tak caye, cube tengok pelangi, mesti korang akan senyum sorang2. Tapi kalo tak senyum & tak de perasaan, memang tak blajo sastera la tu…) Tugasan ni pon, kitorang anta terlewat tapi dr. kasi mase tambahan mase tu. Itu pon kitorang da rush gile2 da…tapi nak buat camne, mase da tamat. Kesimpulannya, siap ke, tak siap ke anta la jugak… Berserah je la…

Kelas BDM ni kan, ade 2 minggu yang digantikan dengan dr. Arbaie. Sebabnye, tajuk kuliah seterusnya bidang dr. ni. Hmm, bidang multimedia iaitu cite pasal papan cerita. Cara macam mana nak bina papan cerita untuk menghasilkan sebuah cerita animasi. Papan cerita ni bukannye tuk buat animasi je tau, tapi boleh gak guna tuk buat iklan. sebenarnye & sejujurnya kan, cara dr. Arbaie mengajar memang buat aku mengantuk. Dr. buat kelakar pon aku takleh nak gelak. Tapi kalau dr. Normaliza yang ajo, tak sempat nak mengantuk. Mane taknye, bunyi pen dipicit2 pun die marah. Huish, memang tegas. Tapi bile dr. Arbaie pasang video cara buat papan cerita, segor la sikit mata aku ni (hehehe…). Lepas habis penerangan kuliah pasal papan cerita, kitorang dibagi tugasan kumpulan untuk membina sendiri papan cerita. Tajuk dr. bagi, sama je sume kumpulan. Tapi kreativiti ikut kita la. Dalam bayangan aku ngan kawan2 kumpulan aku ni cam senang je. Tapi boleh tahan gak la. Aku akui hasil kerja kitorang memang simple sangat2, kalau tak silap aku, kitorang buat just 1 muka surat je. Ni pon kitorang da konfiden memang kitorang buat da betol ni. Tapi…rupa2nya, hasil kerja kitorang ni layak di masukkan dalam tong sampah jer (sedihnye…). Memang aku terkejut. Rupa2nya, kitorang jer yang pikir nak senang buat, padahal nak buat papan cerita tu bukannya senang. Nak kena teliti & lengkap buatnye. Maknenye kat sini kitorang la yang salah faham, da tu tak tanye dr. plak tu. Ku akui memang kitorang yang salah (takkan ku ulangi kesilapan lalu).

Bina iklan billboard yang ada kesinambungannya. Barang atau produk mestilah original, maksudnya kita reka sendiri produk kita & ciptakan jenamanya sekali. Tugasan ni pon memerlukan kemahiran melukis. Nak kata susah, tak lah susah sangat, tapi nak kata senang pon tak lah senang sangat, yang sedang2 saja… Nak dijadikan cerita la kan, kumpulan kitorang ni ntah berapa kali tukar design. Sebabnya, takde orang faham lukisan kitorang pun, apa yang kitorang nak sampaikan (sedangkan, lukisan kitorang da cantik dah. Jeles la tu kumpulan lain…huhu). Mula2 kitorang lukis botol sabun mandi (shower gel) tapi orang lain kata lukisan kitorang cam botol minyak wangi. Kitorang tukar. Kitorang lukis ape ye? Alamak, lupe la plak! Tak pe la, lukisan kedua pun kawan2 lain tak faham gak ape yang kitorang nak sampaikan (keciwa btol la). Kitorang pikir & pikir & terus berpikir. Ok, dapat 1 idea, kitorang nak buat peti sejuk pulak. Lukis, punye lukis punye lukis, tunjuk plak kat dr. sama ada dr. faham tak maksud dalam lukisan kitorang ni. Buat kesekian kalinya, lukisan kitorang tak difahami oleh orang lain (bukan sedih, bukan keciwa tapi tensi btol la!). Kitorang sebenornye lukis peti sejuk tapi orang lain kata, kitorang lukis almari. Huhu…yang kata kitorang lukis kotak pon ada (huhu…sampai hati korang…). Akhirnya kitorang sepakat untuk meneruskan saja lukisan dengan guna idea pertama tadi. Kitorang nak lukis botol sabun mandi (shower gel). Itu pun hasil tambahan idea dr. Normaliza yang da kesian kat kitorang ni, da berkali2 tukar lukisan sampai comot kertas kitorang. Kitorang lukis bagi cantik sama kitorang punye iklan billboard. Cukup masa kitorang anta je hasil kerja kitorang. Ehehehe…hasil kerja kitoran diterima…hahaha (bahagianya hidup!).

No comments: