Thursday, April 2, 2009

Pengalaman Paling Berharga

Lawatan sambil beramal ke Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam, Selangor. Huh, banyak ceritanya kat sini. 1001+1+1+1 cerita (hehe…). Dalam tugasan ni, kumpulan kitorang bergabung dengan kumpulan Single Is Better (SIB-geli je nama kumpulan ni…yerk). Kitorang pilih asrama ni sebab tarikh tuk buat program kat asrama ni da ditempah dengan Sekretariat 2K, KTDI sebenornya. Kebetulan pulak kumpulan SIB ni nak buat kat tempat yang sama sebabnya dekat ngan kampong Ejam. Tapi Sekretariat 2K tak dapat buat program kat asrama tu atas sebab2 tertentu. Jadi, kitorang pun sepakat buat mase tarikh tu (7 Mac 2009). Sebelum berangkat, kitorang 2-2 kumpulan ni ade buat meeting tau (3 kali meeting). Bincang pasal macam2 la, pasal semua2 dari awal sampai akhir. 1st meeting kitorang bincang pasal budget, semua barang yang kena beli termasuk sewa kenderaan (sebabnye Ejam sorang je yang ada kereta). Kitorang putuskan setiap seorang bayar rm50. Meeting kedua, kitorang bincang pasal xtvt yang akan dijalankan mase kat asrama anak yatim tu nanti, kitorang bagi2 tugas kat semua ahli kumpulan (tak de yang terkecuali pon). Meeting ketiga lepas jumpa dr. Normaliza, kitorang nak kutip derma atau sumbangan buat asrama anak yatim tu. Ok, nak dijadikan cerita la kan, banyak sebenornye halangan yang kitorang kena tempuhi ni sebelum pergi asrama anak yatim ni. Bukan je sebelum pergi, mase da kat Sabak Bernam & mase nak balik UPM nip on still ade halangan tau (memang teruji betol la kesabaran kitorang ni terutamanya kumpulan aku. Huhu..sedih nak ingat balik). Hmmm, aku mulakan cite dari betapa susahnye nak jumpa dr. Normaliza, stiap kali pegi bilik dr. mesti dr. takde (bz betol la dr. ni…isk…isk..isk). Dah tu, kalau dr. ada pon kitorang still ade masalah sebabnye kalau sorang ahli kumpulan takde, dr. tak nak jumpa kitorang (ni semua si K punye pasal la ni). Setelah berkali2 berusaha tuk jumpa dr. kitorang dapat gak jumpa dr. sehari sebelum bertolak (Khamis, 5 Mac 2009). Pagi tu dr. Normaliza ade kat bilik, so kitorang boleh jumpa waktu tu tapi ttu pun tak lama sebab lepas tu dr. ada hal lain pulak. Kumpulan aku da memang ade kat fakulti, tinggal tunggu kumpulan SIB la. Tak lama tu, Ejam, Jiji, Jawa & peja sampai, tinggal S & K tak sampai lagi. Kitorang nak tengok proposal, tapi tak de. Ku mira kata kat S, tepon S. S kata tak de kat die, yang si S ni plak boleh dia tak bangun lagi, sedangkan kitorang da bagi tau nak jumpa dr. pagi tu. Ejam & Jiji balik kolej cari proposal kat bilik S. Jumpa! Rupa2nya ade je kat dalam fail tepi dia tido, fail lutsinar plak tu. Si S plak tak bangun2 lagi ( semua orang da geram tahap dewa kat S mase ni. Tak pernah tengok muke Ejam tegang cam tu sekali). Aku kalo da marah tak tegur orang. Lepas semua ada, Madi pula datang bagi tau dr. da klua. Lagi la kitorang bertambah2 marah kat si S ni. Yang si K tak de, tak leh nak buat ape la. Da di tepon tak angkat, da di sms tak dibalas (malas nak amik tau). Tak lame tu kitorang pegi lagi bilik dr. Syukur dr. nak jumpa ngan kitorang (lega sikit…sikit jer). Dr. tanye tentang pengisian mase kat asrama anak yatim tu, nasib baik sume dapat jawab. Dr. tegur proposal kitorang, ade masalah sikit. Oh, ya! Pasal K tu kan, si Peja beriya je kata nak buang si K dari kumpulan dia (kitorang takde masalah, kitorang pun bukannya berkenan kat si K tu). Selesai bincang dengan dr. Normaliza, kitorang kumpul kat latar siswa baiki proposal sambil bicang2 masalah lain yang tak settle lagi. Pas tu kitorang amik keputusan nak minta sumbangan daripada pensyarah2 kat fakulti. Adela dalam 5 orang pegi kutip sumbangan. Tak sangka, dekan tegur kitorang kata yang kitorang tak boleh kutip sumbangan sesuka hati jer. Ni semua sebab ade pensyarah yang mengadu. Terus kitorang stop kan kutip sumbangan. Dapatlah sikit hasilnya. Jumaat (6 Mac 2009) kitorang dapat khabar yang mendukacitakan, sebabnya proposal kitorang tak diluluskan. Tapi kitorang nekad akan pegi jugak walaupun underground (pape tanggung sendiri). Petang tu lepas zuhur, kitorang jumpa dr. bagi tau yang proposal kitorang tak diluluskan. Dr. terkejut gak, tapi dr. benarkan gak kitorang pegi (siap minta no. tepon lagi – risau…hehehe). Petang tu lepas asar kitorang bertolak dari UPM. Oh, ye! Tak sangka plak si K ni ikut (lantak dialah). Kitorang pegi 3 kereta. Sampai kat bawah dari Kuala Selangor kitorang berenti kat masjid, solat dulu sambil tunggu kereta Peja yang sesat tadi. Tunggu punya tunggu, rupanya diaorang (peja, si K ngan si S) singgah kat funfair kat Kuala Selangor. Aduh…mase ni memang aku ngan kawan2 lain tak boleh terima situasi ni. Kitorang tunggu diaorang, diaorang seronok2 kat funfair tu (tak patut betol!!!). kitorang teruskan perjalanan, sampai umah Ejam dalam pukul 9.30 malam. Sampai2 je, mak Ejam da suruh kitorang makan (kebetulan memang lapar tahap gaban). Tapi Ejam tak makan, borak2 ngan mak ayah dia dulu. Tengah sedap2 makan, si S tepon kata da ade kat Sungai Besar & suruh Ejam amik diaorang. Kitorang da malas nak amik tau pasal diaorang da (sendiri cari pasal). Tapi kitorang sian kat Ejam tu tak makan lagi, da la dia yang bawak kete (nasib baik orangnye sabar). Lepas makan, kitorang buat rewang kat bawah umah Ejam. Macam nak buat kenduri kawin plak, ricih2 bawang, sayur, basuh ayam…hehehe…walaupun penat tapi best. Yang aku tak puas hati lepas diaorang yang lambat tadi sampai, da makan2, tapi tak tolong kitorang pon. Si K lagi la pi tengok tv kat atas. Da tu, si S ngan si Peja suka plak cite mase diaorang kat funfair (tak patut!!!). Malam tu kumpulan aku tido umah makcik aku, selesa sikit. Kitorang bangun pukul 5 pagi buat sandwich, mandi2, sarapan, terus pegi umah Ejam balik kumpul sane. Sampai sane, kumpulan SIB baru tanak nasi, da la tu tak mandi lagi. Lepas tu, kitorang pun goreng la ayam sebelum nak masak kicap. Siap sarapan, ayam tak siap goreng lagi, nasi da masak, jam da pukul 8.30 pagi. Kitorang buat keputusan, 3 orang tinggal kat umah, masak. Yang lain handle kat asrama anak yatim sebab da janji dengan pengetua asrama. Pukul 11.30 barula kitorang ajk makanan siap masak & terus bertolak ke asrama anak yatim. Sampai sana aku ngan kawan2 yang lambat tadi kenalkan diri & kitorang kena denda sebab lambat datang. Kitorang pon buat la tarian chicken dance. Seronok la adik2 tu tengok kite (tak pe la, kalau dia seronok, aku pon seronok gak). Banyak xtvt yang kitorang buat mase kat sane, paling aku suke main botol beracun. Sape yang kena, dia kena buat gaya melalui peribahasa yang kitorang bagi. Yang bestnya, adik2 kat sana memang bijak2 belaka. Cepat je dapat jawab. Sebelum balik kitorang buat persembahan menyanyi lagu jalinan-UNIC. Wakil dari asrama anak yatim pun ade buat persembahan nyanyian gak, adik tu nyanyi lagu Mawi, best suara dia…betol, tak tipu. Pas tu sekali lagi kitorang buat chicken dance ramai2. Seronok sangat aku rasa bila tengok adik2 tu ketawa riang. Walau pun kejap je kitorang dengan adik2 tu tapi bila dapat buat adik2 tu seronok, kita pun rasa seronok gak. Mesti korang rasa yang sama dengan apa aku rasa, kan? Sebelum balik kitorang bagi cenderahati sikit sambil bersalaman. Kitorang gak de bagi sumbangan yang tak seberapa tuk Asrama Anak Yatim Sekendi ni melalui pengetuanya. Dalam pukul 4.30 kitorang balik umah Ejam. Hujan mengiringi pemergian kitorang dari asrama anak yatim ni. Petang tu pula Mira, aku, Madi ngan Ku Mira yang naik kete dengan abang Mira terpaksa balik naik bas sebab tayar kete abang Mira pecah. Pukul 6.45 kitorang bertolak dari Pekan Sabak Bernam. Sampai kat Kuala Selangor, kitorang diuji lagi sebab terpaksa tunggu bas yang pancit dibaiki. Lebih kurang pukul 11 malam kitorang yang 4 orang tadi sampai kat UPM. Minggu ke-12 pembentangan slide show hasil xtvt yang kitorang buat kat asrama anak yatim. Akhirnya, selesai satu xtvt yang sangat2 mencabar untuk subjek BDM ni.






No comments: