Thursday, April 2, 2009

Praktikal ku & Akhir kata...

Kelas tutorial BDM. Kelas BDM ni ade tutorial, dalam kelas tutorial ni aku akan belajar buat slide show, calendar, web dan blog. Cam best je bile dengar nak buat semua tu. Maklumlah…course yang aku amik ni tak de praktikalnya. Jadi, bila dapat belajar benda yang berkemahiran ni kira best la. Kira cam praktikal gak la. Kelas tutorial aku hari Rabu 8-10 mlm, kumpulan 1, tutornye cik Azima.


Tugasan pertama kitorang, buat slide show guna powerpoint. Agak mencabar gak la buat kerja ni. Memang la dengarnye cam senang je nak buat. Tapi bila tengah buat tu, barulah aku tau susah jugak rupanya. Ye la, mane taknya, selama ni buat slide powerpoint biasa2 jer. Sangat2 simple. Kiranya, selalunya aku buat guna benda2 yang paling basic je ngan yang aku tau je, tak pernah explore pun mende2 yang ade kat Microsoft powerpoint ni. Oh, lupa plak bagi tau yang tajuk kitorang kena pilih & buat ialah tajuk yang global. Pening gak nak pilih tajuk, sebabnya nanti kalau aku pilih tajuk senang, nak cari gambar plak susah. Kalau aku cari tajuk susah, susah jugak nak cari gambar. Jadi, aku pilih tajuk yang biase je. Tajuknya ialah Kejohanan Sukan Dunia. Banyak gak la gambar yang aku boleh cari & letak kat slide aku. Aku kena buat 20 slide yang ade muzik, asas grafik & masa main 3 minit je. Kejap je kan. Muzik yang aku letak kat slide aku, lagu Boom-Anastacia. Best gak lagu tu. Hehe… mula2 tak suke dengar tapi bile da pasang berkali2 jadi suka plak. Da siap buat slide tu kitorang kena bentang dalam kelas tutorial. Tapi slide aku bermasalah sikit sebab lagu aku double. Aku tak perasan pun, mane taknya, buat last minute. Padan muka aku. Huhuhu….


Selesai sudah buat slide. Minggu seterusnya aku belajor buat calendar pulak. Mula2 tu exited gak la nak buat kalendar sebab tak sabar nak tengok hasilnya. Pas tu nak letak kat meja, nak tengok hari2…hehehe… Aku blajor buat kalendar guna adobe photoshop. Mula2 ingatkan senang nak buat kalendar ni, tapi rupa2nya….sangat2 menguji tahap kesabaran seorang manusia bernama Lela terutamanya…huhu… Mula2 cik Azima ajor tu tak la susah sangat sebab dia ajar basic je. Dia ajar crop, sume2 la. Tapi, sebenornye kitorang dalam kelas tutorial kumpulan 1 ni banyak kena explore sendiri. Kalau kitorang tanya kat cik Azima, cik Azima selalu cakap “awak tanya kawan awak yang da dapat tadi”. Huhu…kitorang nak tanya kat die, die suruh tanya kat orang lain plak. Tak pe la, ade sebab kot dia kata cam tu. Mula2 kalendar yang aku siapkan kira da ok la, cantik la (nak buat cam ne, takde orang nak puji…). Aku banyak habiskan mase pilih gambar yang nak letak kat calendar ni. Kononnya nak pilih gambar yang paling cun la (memang aku cun, ok…uhu..). Pas tu kan, minggu berapa ntah, aku da tak ingat, dr. Normaliza datang tengok hasil kerja kitorang. Cuak gak la mase tu, risau kena komen macam2...hehe… Dan seperti yang telah ku jangkakan, memang dr. bagi komen, banyak gak la dr. komen. Salah satunya yang aku ingat, kitorang kena crop gambar (crop kat orang tau, bukan crop ikut petak) & kalendar kitorang kena ada sekurang2nya 8 layer. Aduh…cam payah jer. Memang ramai gak la yang mengeluh sebab baru tau betapa mencabarnya buat kalendar ni. Nak crop gambar tu, aku perlu menjadi insan yang penyabar di dunia ini. Susah giler nak buat crop tu…terlajak sikit jer masa crop tu, gambar memang da jadi tak cantik. Aku juga perlu menjadi insan yang sangat teliti semasa buat kerja (kalendar) ni. Tanpa kesabaran & ketelitian, memang hancur la kalendar aku. Silap2 dr. tak lalu nak pandang pun,huhu… Aku banyak habiskan masa aku crop gambar sampai tengah malam, kadang2 sampai pukul 2-3 pagi semata2 nak crop gambar bagi canteeek! Bila lama2 dok mengadap laptop buat kalendar je, bosan jadinya. Tensi gak la buat kalendar ni, lebih2 lagi masa nak crop gambar. Da siap edit bagi lawa, minggu berikutnya cik Aliaa pulak tengok kitorang punya kalendar. Minggu masa cik Aliaa ganti cik Azima ni kan, kitorang budak KTDI terlambat sampai. Ni sume gara2 pak cik bas yang selfish! Ade ke nak gerak pkul 8 ke fakulti, sedangkan kelas kitorang pkul 8 da mula. Boleh plak apk cik tu borak2 kat tepon sambil rokok dulu. Kitorang da bagi tau kelas mula pkul 8 & tak bleh lewat masuk kelas. Pak cik tu tetap nak gerak pukul 8. Marah betol kitorang, da bebel bukan2 pun. Kitorang da bagi tau nak turun depan sanggar, pak cik turunkan kat stesen bas pulak. Jauh gak la nak jalan ke sanggar bahasa sebab kitorang da lewat, pas tu selalunya kalau kitorang bagi tau pak cik bas yang lain nak turun kat sanggar, mesti pak cik berenti kecuali pak cik sorang ni yang selfish, huh! Pas tu kitorang pun berlari2 selaju mungkin nak cepat masuk kelas. Tapi…kitorang terlambat gak masuk kelas & kena denda! Kitorang kena buat 15 alasan yang berbeza kenapa lambat masuk kelas. Aduh…setengah jam kitorang berdiri kat depan cam ape je. Mase tu tensi gak la kena berdiri setengah jam tanpa dapat berbat apa2, huhu. Lepas bagi sebab kat cik Aliaa, kitorang dapatlah duduk kat tempat masing2. Masa cik Aliaa tengok kalendar aku, cik Aliaa tegur sikit kat kalendar aku. Masalah timbul lagi masa nak print, sebabnya aku buat kalendar menegak tapi kedai tu Cuma sediakan kaki kalendar melintang je. Jadi, nak tak nak terpaksalah aku ubah balik buat kalendar melintang pulak. Hasilnya kurang memuaskan bagi aku apatah lagi tutor & dr, Normaliza. Sebabnya last minute punya kerja tak kan sempurna & begitu menarik. Da siap print, barulah terasa puas & lega. Tamat sudah penderitaan buat kalendar, walaupun ada rasa tak puas hati sebab tak buat yang terbaik. Tak pe la, benda da lepas, huhu.


Tugasan seterusnya buat web, tapi off web je la. Tugasan ni pun agak mencabar la, tambah2 lagi bila kitorang kena explore sendiri ape yang ada kat frontpage tu. Sebabnya cik Azima suruh kitorang explore sendiri semua2. Dalam web yang aku ngan kawan2 kena buat tu tak kisah nak letak ape pon. Tapi kena ada biodata kita la. Yang lain2 tu tak kisah nak letak ape2 pon. Aku ni tak reti nak explore cam ne, jadi buat yang aku tau je la. Sebabnya kebetulan, masa tu tengah banyak assignment yang nak kena hantar. Kelam kabut jugakla bagi orang yang tak tau nak bahagi masa cam aku ni,hehehe. Salah siapa? Salah aku la…jadi, tak boleh nak salahkan orang lain la. Tapi masa cik Azima tengok, dia kata ok jer…lega…. Sebenornye, aku punye web simple gile, orang lain punya lagi best, mantap! Sedih gak bila hasil kerja aku ni cam biasa jer berbanding ngan kawan2 lain. Tapi tak sempat nak baiki sebab sebok buat assignment subjek lain, huhu.


2 minggu last kelas tutorial, aku kena buat blog plak. Aduh…da letih da nak mengadap laptop ni sebenornye. Pas tu, buat blog plak kena link ngan internet. Masalahnye sekarang, internet kat kolej aku ni slow gile. Kena banyak2 sabor masa buat blog ni. Dalam blog ni, aku kena letak tokoh bahasa tak kira siapa pun. Tokoh ni pulak mesti pernah menghasilkan bukunya sendir atau ape2 karya yang pernah tersiar. Aku amik keputusan nak letak Dr. Hjh Norazuan Yaakob sebagai tokoh bahasa dalam blog aku. Selain tu, aku kena buat gak ketika & kalimat iaitu pengalaman aku sepanjang belajor subjek ni. Ni kiranya cam diari gak la,hehehe. Banyak gak la pengalaman best, tak best yang aku lalui sepanjang belajor subjek ni. Memang aku cite sumenya kat blog ni. Jujur aku cite nie, hehehe.


Akhir kata dari aku (cewah!), best gile blajo subjek ni (lagi2 dr.Normaliza yang ajor). Sepanjang blajor subjek ni, secara sengaja @ tak sengaja di ajar oleh dr. Normaliza, memang macam2 la yang aku dapat. Mane taknye, kitorang dipraktikkan bekerja bawah tekanan. Memang betol2 tertekan la masa tu. Dapat gak aku blajor camne bekerja bawah satu kumpulan. Paling best bagi aku bila buat kerja kat luar kelas. Hehehe…aku suka sangat yang tu, sebab cam bebas sikit la, tak tertekan pon. Hmmmm…Dr. Normaliza yang mengajor kitorang ni pon salah satu sebab subjek ni jadi sangat best. Walaupun orangnya tegas, garang sikit tapi baik hatinya (bukan nak bodek tau, sejujurnya ni). Dr. ni tegas mungkin sebab nak kasi kitorang ni jadi insan yang berdisiplin & patuh pada masa. Dalam banyak2 subjek, subjek BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia paling best, paling banyak aktiviti, paling banyak cipta kenangan & pengalaman & paling banyak gak guna dwet (print calendar & belanja tuk program amal). Bagi aku, duet boleh cari & kumpul tapi kenangan & pengalaman tak boleh dibeli dengan ape jenis harta sekalipun.


SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH BUAT DR. NORMALIZA & CIK AZIMA SERTA CIK ALIAA JUGA.

No comments: